• Jika anda tahu apa yang anda cari, ketik Cari. Atau ketik Kategori untuk melayari mengikut jenis app.

  • Ingin memberitahu rakan mengenai app? Cari app, ketik butang tindakan, kemudian pilih kaedah. Lihat AirDrop, iCloud dan cara lain untuk berkongsi.

  • Gunakan Senarai Keinginan. Untuk menjejak app yang anda mungkin mahu beli kemudian, ketik butang tindakan pada halaman app, kemudian ketik Tambah ke Senarai Keinginan.

  • Apakah app yang digunakan berdekatan? Ketik Dekat Saya untuk mengetahui app paling popular yang digunakan orang lain sekeliling anda. (Perkhidmatan Lokasi mesti diaktifkan dalam Seting > Privasi > Perkhidmatan Lokasi.) Cuba ini di muzium, acara sukan atau apabila anda melakukan perjalanan untuk mendalami pengalaman anda.

    Skrin Apps Near Me yang memaparkan beberapa app yang berkaitan dengan tontonan besbol. Butang Wish List terletak di kanan atas. Sepanjang bahagian bawah, dari kiri ke kanan, terdapat tab Featured, Top Charts, Near Me, Search dan Updates.