Anda boleh menukar atau menyahaktifkan bunyi yang dimainkan iPhone apabila anda mendapat panggilan, teks, mel suara, e-mel, tweet, siaran Facebook, peringatan atau peristiwa lain.

  • Setkan pilihan bunyi. Pergi ke Seting > Bunyi untuk pilihan seperti nada dering dan nada isyarat, seting dan corak getaran dan kelantangan pendering dan isyarat.

  • Setkan corak getaran. Pergi ke Seting > Bunyi dan pilih item dari senarai Bunyi dan Corak Getaran. Ketik Getaran untuk memilih corak atau mencipta yang anda sendiri.

Jika anda mahu menyenyapkan panggilan masuk, isyarat dan kesan bunyi buat sementara, lihat Jangan Ganggu dan Suis Dering/Senyap.