iPhone membolehkan anda menjalankan banyak aplikasi secara serentak.

  • Lihat aplikasi anda yang sedang dijalankan. Dwiklik butang Utama untuk mendedahkan paparan berbilang tugas. Leret ke kiri atau kanan untuk melihat lagi. Untuk bertukar kepada aplikasi lain, ketik padanya.

Paparan aplikasi yang dijalankan, dengan baris ikon aplikasi sepanjang bahagian bawah dan skrin semasa untuk setiap aplikasi muncul di atas ikonnya.
  • Tutup aplikasi. Jika aplikasi tidak berfungsi dengan betul, anda boleh memaksanya untuk ditutup. Seret aplikasi ke atas dari paparan berbilang tugas. Kemudian cuba membukanya sekali lagi.

Jika anda mempunyai banyak aplikasi, anda boleh menggunakan Spotlight untuk mencari dan membukanya. Tarik ke bawah bahagian tengah skrin Utama untuk melihat medan carian. Lihat Cari.