Pusat Pemberitahuan mengumpulkan pemberitahuan di satu tempat, agar anda boleh menyemaknya apabila anda bersedia. Semak semua isyarat anda atau cuma yang terlepas. Atau ketik tab Hari Ini untuk ringkasan peristiwa hari ini—seperti ramalan cuaca, keadaan trafik untuk perjalanan ulang-alik anda (iPhone 4s atau lebih baru), janji temu, hari lahir, petikan saham dan malahan ringkasan pantas mengenai apa yang akan menyusul esok.

  • Buka Pusat Pemberitahuan. Leret ke bawah dari pinggir atas skrin.

Paparan hari ini untuk Pusat Pemberitahuan yang menunjukkan tarikh, ramalan cuaca semasa dan peristiwa hari ini.
  • Setkan pilihan pemberitahuan. Pergi ke Seting > Pusat Pemberitahuan. Ketik aplikasi untuk mengesetkan pilihan pemberitahuan. Anda juga boleh mengedit Edit untuk menyusun semula aplikasi teratas. Sentuh ikon Pencekup, kemudian seretnya ke kedudukan baru.

Nota: Untuk menyertakan keadaan trafik untuk ulang alik anda (iPhone 4s atau lebih baru) dalam tab Hari Ini, pastikan Lokasi Kerap diaktifkan dalam Seting > Privasi > Perkhidmatan Lokasi > Perkhidmatan Sistem > Lokasi Kerap.

  • Dapatkan isyarat kerajaan. Di sesetengah kawalan, anda boleh mengaktifkan isyarat dalam senarai Isyarat Kerajaan. Pergi ke Seting > Pusat Pemberitahuan.

Contohnya, di Amerika Syarikat, iPhone 4s atau lebih baru boleh menerima isyarat presiden dan anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Isyarat AMBER dan Kecemasan (yang termasuk isyarat untuk Ancaman Hampir yang Teruk dan Ekstrem (ia aktif secara lalai). Di Jepun, iPhone baru boleh menerima Isyarat Kecemasan Gempa Bumi daripada Agensi Meteorologi Jepun. Isyarat kerajaan berbeza mengikut pembawa dan model iPhone dan mungkin tidak berfungsi di bawah semua keadaan.

  • Tutup Pusat Pemberitahuan. Leret ke atas atau tekan butang Utama.