Buat panggilan telefon dan kawal main balik muzik menggunakan Kawalan Suara. Pada iPhone 4s atau lebih baru, anda juga boleh menggunakan Siri untuk mengawal iPhone melalui suara. Lihat Lakukan permintaan.)

Nota: Kawalan Suara dan seting Kawalan Suara tidak tersedia apabila Siri diaktifkan.

Skrin kawalan suara, yang menunjukkan contoh perintah yang boleh anda gunakan. Bentuk gelombang muncul sepanjang bahagian bawah skrin.
  • Gunakan Kawalan Suara. Nyahaktifkan Siri dalam Seting > Umum > Siri, kemudian tekan dan tahan butang Utama sehingga skrin Kawalan Suara muncul dan anda mendengar bunyi bip atau tekan dan tahan butang pusat pada headset anda. Lihat Gunakan headset Apple.

Untuk mendapatkan hasil terbaik:

  • Bercakap dengan jelas dan secara semula jadi:

  • Hanya sebutkan arahan Kawalan Suara, nama dan nombor. Berhenti seketika di antara arahan.

  • Gunakan nama penuh.

  • Tukar bahasa untuk Kawalan Suara. Secara lalai, Kawalan Suara mengharapkan anda menyebut arahan suara dalam bahasa yang disetkan untuk iPhone (dalam Seting> Umum > Antarabangsa > Bahasa). Untuk menggunakan Kawalan Suara dalam bahasa atau dialek lain, pergi ke Seting> Umum > Antarabangsa > Kawalan Suara.

Kawalan Suara untuk aplikasi Muzik sentiasa aktif, tetapi anda boleh menghalang Kawalan Suara daripada mendail apabila iPhone dikunci. Pergi ke Seting > Touch ID & Kod Laluan (iPhone 5s) atau Seting > Kod Laluan (model lain), kemudian nyahaktifkan Dail Suara.

Untuk perintah khusus, lihat Buat panggilan dan Siri dan Kawalan Suara. Untuk maklumat lanjut mengenai menggunakan Kawalan Suara, termasuk maklumat mengenai menggunakan Kawalan Suara dalam bahasa berlainan, lihat support.apple.com/kb/HT3597.