Pada iPhone 5s, anda boleh menggunakan cap jari sebagai ganti kepada kod laluan atau kata laluan Apple ID anda untuk membuka kunci iPhone atau membuat pembelian di iTunes Store, App Store dan iBooks Store.

  • Sediakan sensor Touch ID. Pergi ke Seting > Touch ID & Kod Laluan. Setkan sama ada anda mahu menggunakan cap jari untuk membuka kunci iPhone dan untuk membuat pembelian iTunes Store, App Store atau iBooks Store. Ketik Tambah Cap Jari dan ikuti arahan atas skrin. Anda boleh menambah lebih daripada satu cap jari (contohnya ibu jari dan jari telunjuk anda atau cap jari pasangan anda).

  • Padam cap jari. Ketik cap jari, kemudian ketik Padam Cap Jari. Jika anda mempunyai lebih daripada satu cap jari, sentuh butang Utama untuk mengetahui mengenai cap jari tersebut.

  • Namakan cap jari. Ketik cap jari, kemudian masukkan nama seperti “Ibu jari.”

  • Gunakan sensor Touch ID untuk membuka kunci iPhone atau melakukan pembelian. Sentuh butang Utama dengan jari yang anda tambah dalam Seting. Anda boleh membuka kunci iPhone sama ada dari skrin Kunci atau skrin Kod Laluan. Apabila membeli daripada iTunes Store, App Store atau iBooks Store, ikuti gesaan untuk mendayakan pembelian dengan cap jari anda. Atau pergi ke Seting > Touch ID & Kod Laluan dan aktifkan iTunes & App Store.

Nota: Jika anda matikan iPhone, anda akan diminta untuk mengesahkan kod laluan anda apabila anda menghidupkan kembali iPhone dan membuka kuncinya buat kali pertama dan anda akan diminta untuk kata laluan Apple ID anda bagi pembelian pertama anda.