Seting Hias Latar membenarkan anda mengeset imej atau foto sebagai hias latar untuk skrin Kunci atau skrin Utama. Anda boleh memilih daripada imej dinamik dan pegun.

Imej skrin Kunci dan skrin Utama menunjukkan hias latar semasa.
  • Tukar hias latar. Pergi ke Seting > Hias Latar & Kecerahan > Pilih Hias Latar Baru.

  • Aktifkan atau nyahaktifkan zum perspektif. Apabila memilih imej untuk hias latar baru, ketik butang Zum Perspektif. Untuk hias latar yang telah anda setkan, pergi ke seting Hias Latar & Kecerahan dan ketik imej skrin Kunci atau skrin Utama untuk memaparkan butang Zum Perspektif. Seting Zum Perspektif menentukan sama ada hias latar yang dipilih dizum secara automatik atau tidak.

Nota: Butang Zum Perspektif tidak muncul jika Kurangkan Pergerakan (dalam seting Kebolehcapaian) diaktifkan. Lihat Kurangkan pergerakan atas skrin.