Jika anda berada di luar kawasan rangkaian pembawa anda, anda boleh mengelakkan caj perayauan dengan menyahaktifkan perkhidmatan perayauan suara dan data dalam Seting > Selular. Lihat Seting Selular.

Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan anda menyimpan iPhone hidup jika anda bertukar kepada Mod Pesawat. Anda tidak dapat membuat panggilan atau menggunakan Bluetooth, tetapi anda boleh mendengar muzik, bermain permainan, tonton video atau menggunakan aplikasi lain yang tidak memerlukan sambungan rangkaian atau telefon. Jika syarikat penerbangan membenarkannya, anda boleh mengaktifkan semula Wi-Fi atau Bluetooth untuk mendayakan perkhidmatan tersebut, walaupun semasa dalam Mod Pesawat.

  • Aktifkan Mod Pesawat. Leret ke atas dari pinggir bawah skrin untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik butang penerbangan. Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Mod Pesawat dan dalam Seting. Apabila mod pesawat aktif, butang penerbangan muncul dalam bar status pada bahagian atas skrin.

Wi-Fi dan Bluetooth juga boleh diaktifkan atau dinyahaktifkan di Pusat Kawalan.