• Berbilang tugas semasa panggilan.  Tekan butang Utama , kemudian ketik ikon app. Anda masih boleh berbual dengan rakan anda, tetapi anda tidak dapat melihat satu sama lain. Untuk kembali kepada video, ketik bar hijau di bahagian atas skrin.

  • Manfaatkan kelebihan Kegemaran.  Ketik Kegemaran. Untuk menambah kegemaran, ketik tanda tambah, kemudian pilih kenalan dan tambah pada Kegemaran sebagai Audio FaceTime atau FaceTime. Untuk menghubungi kegemaran, ketik nama dalam senarai. Pastikan nombor telefon untuk kenalan di luar rantau anda termasuk kod negara dan kod kawasan.

  • Kendalikan beberapa panggilan.  Panggilan FaceTime tidak dimajukan. Jika panggilan lain diterima semasa anda dalam panggilan FaceTime, anda boleh sama anda menamatkan panggilan FaceTime dan menjawab panggilan masuk, menolak panggilan masuk atau membalas dengan mesej teks.

  • Sekat pemanggil yang tidak diingini.  Pergi ke Seting > FaceTime > Disekat > Tambah Baru. Anda tidak akan menerima panggilan suara, panggilan FaceTime atau mesej teks daripada pemanggil yang disekat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai menyekat panggilan, lihat support.apple.com/kb/HT5845.

Pilihan lain dalam Seting membolehkan anda mengaktifkan atau menyahaktifkan FaceTime, menentukan nombor telefon, Apple ID atau alamat e-mel untuk digunakan dengan FaceTime dan mengesetkan ID pemanggil anda.