Game Center membolehkan anda bermain permainan kegemaran anda bersama rakan yang memiliki peranti iOS atau Mac (OS X Mountain Lion atau lebih baru). Anda mesti disambungkan ke Internet untuk menggunakan Game Center.

AMARAN: Untuk maklumat penting mengenai mengelakkan kecederaan pergerakan berulang, lihat Maklumat keselamatan penting.

Untuk bermain permainan, ketik tab Permainan di bahagian bawah skrin, pilih permainan, kemudian ketik butang Lagi di bahagian kanan atas. Untuk melihat pemain terbaik, ketik Papan Juara. Untuk meneroka matlamat permainan, ketik Pencapaian. Untuk mencari seseorang untuk bermain, ketik Pemain. Untuk mendedahkan status anda atau menukar foto anda, ketik tab Saya di bahagian bawah skrin. Ketik tab Rakan untuk menjemput orang untuk bermain. Ketik tab Cabaran untuk mencabar seseorang. Ketik tab Giliran untuk melihat sama ada ini giliran anda.
  • Mulakan. Buka Game Center. Jika anda melihat nama samaran anda di bahagian atas skrin, maka anda telah mendaftar masuk. Jika tidak, anda akan diminta Apple ID dan kata laluan anda.

  • Dapatkan permainan. Ketik Permainan, kemudian ketik permainan yang disyorkan atau ketik Cari Permainan Game Center. Atau, dapatkan permainan yang dimiliki rakan anda (lihat Main permainan bersama rakan).

  • Main! Ketik Permainan, pilih permainan, ketik butang lagi (tiga titik) di kanan atas, kemudian ketik Main.

  • Daftar keluar? Anda tidak perlu mendaftar keluar apabila anda keluar daripada Game Center, tetapi jika anda mahu, pergi ke Seting > Game Center dan ketik Apple ID anda.