• Jemput rakan untuk bermain permainan berbilang pemain. Ketik Rakan, pilih rakan, pilih permainan, kemudian ketik Main. Jika permainan membenarkan atau memerlukan lagi pemain, pilih pemain, kemudian ketik Seterusnya. Hantar jemputan anda, kemudian tunggu untuk orang lain menerimanya. Apabila semua orang bersedia, mulakan permainan. Jika rakan tidak tersedia atau tidak membalas, anda boleh mengetik Padan Auto supaya Game Center mencari pemain lain untuk anda, atau ketik Jemput Rakan bagi menjemput rakan lain.

  • Hantar permintaan rakan. Ketik Rakan, ketik butang tambah, kemudian masukkan alamat e-mel rakan atau nama samaran Game Center. Untuk melayari kenalan anda, ketik butang tambah. (Untuk menambah beberapa rakan dalam satu permintaan, tekan Return selepas setiap alamat.) Atau, ketik mana-mana pemain yang anda lihat di mana-mana dalam Game Center.

  • Cabar seseorang untuk menewaskan anda. Ketik salah satu skor atau pencapaian anda, kemudian ketik Cabar Rakan.

  • Apakah yang dimainkan rakan anda dan apakah prestasi mereka? Ketik Rakan, ketik nama rakan anda, kemudian ketik gelembung Permainan atau Mata.

  • Ingin membeli permainan yang dimiliki oleh rakan anda? Ketik rakan, kemudian ketik nama rakan anda. Ketik permainan dalam senarai permainan rakan anda, kemudian ketik butang lagi (tiga titik) di kanan atas.

  • Bertemu rakan baru. Untuk melihat senarai rakan kepada rakan anda, ketik Rakan, ketik nama rakan anda, kemudian ketik gelembung Rakan mereka.

  • Batalkan persahabatan. Ketik Rakan, ketik nama rakan, kemudian ketik, butang lagi (tiga titik) di kanan atas.

  • Pastikan alamat e-mel anda peribadi. Nyahaktifkan Profil Awam dalam seting akaun Game Center anda. Lihat Seting Game Center di bawah.

  • Nyahaktifkan aktiviti berbilang pemain atau permintaan rakan. Pergi ke Seting > Umum > Pengehadan. Jika suis dikelabukan, ketik Dayakan Pengehadan di bahagian atas terlebih dahulu.

  • Pupuk suasana mesra. Untuk melaporkan kelakuan yang menjelikkan atau tidak sesuai, ketik Rakan, ketik nama individu tersebut, ketik butang lagi (tiga titik) di kanan atas, kemudian ketik Laporkan Masalah.