• Selaraskan PDF. Dalam iTunes pada komputer anda, pilih Fail > Tambah ke Pustaka dan pilih PDF. Kemudian selaraskan. Lihat Bantuan iTunes untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyelarasan.

  • Tambah lampiran e-mel PDF pada iBooks. Buka mesej e-mel, kemudian sentuh dan tahan lampiran PDFnya. Pilih “Buka dalam iBooks” daripada menu yang muncul.

  • Cetak PDF. Dengan PDF terbuka, ketik butang kongsi, kemudian pilih Cetak. Anda memerlukan pencetak serasi AirPrint. Untuk maklumat lanjut mengenai AirPrint, lihat AirPrint.

  • E-melkan PDF. Dengan PDF terbuka, ketik butang kongsi, kemudian pilih E-mel.