VPN (rangkaian peribadi maya) memberi akses selamat melalui Internet kepada sumber peribadi, seperti rangkaian organisasi anda. Anda mungkin perlu memasang aplikasi VPN daripada App Store yang mengkonfigurasi iPhone anda untuk mengakses rangkaian tertentu. Hubungi pentadbir sistem anda untuk maklumat mengenai aplikasi dan seting yang anda perlukan.