Ikon dalam bar status di bahagian atas skrin memberikan maklumat mengenai iPhone:

Ikon status

Apakah maksudnya

ikon status kekuatan isyarat selular (lima titik)

Isyarat sel

Anda berada dalam liputan rangkaian selular dan boleh membuat dan menerima panggilan. Jika tiada isyarat, “Tiada Servis” akan muncul.

ikon status mod AirPlane

Mod Pesawat

Mod Pesawat diaktifkan—anda tidak boleh membuat panggilan telefon dan fungsi wayarles lain mungkin dinyahdayakan. Lihat Perjalanan dengan iPhone.

ikon status LTE

LTE

Rangkaian LTE pembawa anda tersedia dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut. (iPhone 5 atau lebih baru. Tidak tersedia di semua kawasan.) Lihat Seting Selular.

ikon status 4G

UMTS

Rangkaian 4G UMTS (GSM) atau LTE pembawa anda (bergantung pada pembawa) tersedia dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut. (iPhone 4s atau lebih baru. Tidak tersedia di semua kawasan.) Lihat Seting Selular.

ikon status 3G

UMTS/EV-DO

Rangkaian 3G UMTS (GSM) atau EV-DO (CDMA) pembawa anda tersedia, dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut. Lihat Seting Selular.

ikon status EDGE ("E")

EDGE

Rangkaian EDGE (GSM) pembawa anda tersedia, dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut. Lihat Seting Selular.

ikon status GPRS

GPRS/1xRTT

Rangkaian GPRS (GSM) atau 1xRTT (CDMA) pembawa anda tersedia, dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut. Lihat Seting Selular.

ikon status Wi-Fi

Wi-Fi

iPhone disambungkan ke Internet melalui rangkaian Wi-Fi. Lihat Sambung ke Wi-Fi.

ikon status Jangan Ganggu

Jangan Ganggu

“Jangan Ganggu” diaktifkan. Lihat Jangan Ganggu.

ikon status Hotspot Peribadi

Hotspot Peribadi

iPhone menyediakan Hotspot Peribadi untuk peranti lain. Lihat Hotspot Peribadi.

ikon status penyelarasan

Penyelarasan

iPhone sedang diselaraskan dengan iTunes.

ikon status aktiviti rangkaian

Aktiviti rangkaian

Menunjukkan bahawa terdapat aktiviti rangkaian. Beberapa aplikasi pihak ketiga juga mungkin menggunakannya untuk menunjukkan proses aktif.

ikon status pemajuan panggilan

Memajukan Panggilan

Pemajuan Panggilan disediakan. Lihat Pemajuan panggilan, panggilan menunggu dan ID pemanggil.

ikon status VPN

VPN

Anda bersambung kepada rangkaian menggunakan VPN. Lihat Akses rangkaian.

ikon status TTY

TTY

iPhone disetkan untuk berfungsi dengan mesin TTY. Lihat Sokongan TTY.

ikon status kunci orientasi potret

Kunci orientasi potret

Skrin iPhone dikunci dalam orientasi potret. Lihat Setkan orientasi skrin.

ikon status penggera

Penggera

Penggera disetkan. Lihat Penggera dan pemasa.

ikon status Perkhidmatan Lokasi

Perkhidmatan Lokasi

Item sedang menggunakan Perkhidmatan Lokasi. Lihat Privasi.

ikon status Bluetooth

Bluetooth®

Ikon biru atau putih:  Bluetooth aktif dan dipasangkan dengan peranti.

Ikon kelabu:  Bluetooth aktif. Jika iPhone dipasangkan dengan peranti, peranti mungkin di luar liputan atau telah dimatikan.

Tiada ikon:  Bluetooth dinyahaktifkan.

Lihat Peranti Bluetooth.

ikon status bateri Bluetooth

Bateri Bluetooth

Menunjukkan paras bateri peranti Bluetooth yang dipasangkan.

ikon status bateri

Bateri

Menunjukkan paras bateri iPhone atau status pengecasan. Lihat Cas dan pantau bateri.