Ketik harga item (atau ketik Percuma), kemudian ketik sekali lagi untuk membelinya. Jika anda melihat butang muat turun daripada iCloud berbanding harga, maka anda telah membeli item itu dan anda boleh memuat turunnya sekali lagi secara percuma.

  • Gunakan kad hadiah atau kod. Ketik kategori (seperti Muzik), skrol ke bawah, kemudian ketik Tebus. Untuk menghantar hadiah, lihat item yang anda mahu hadiahkan, kemudian ketik butang tindakan dan ketik Hadiah.

  • Lihat kemajuan muat turun. Ketik Lagi, kemudian ketik Muat Turun.

  • Telah membeli sesuatu pada peranti lain? Pergi ke Seting > iTunes & App Store untuk menyediakan muat turun automatik pada iPhone anda. Untuk melihat muzik, filem dan rancangan TV yang dibeli anda, dalam iTunes Store, ketik Lagi, kemudian ketik Dibeli.

  • Lihat masa anda dengan sewaan. Di kawasan tertentu, anda boleh menyewa filem. Anda mempunyai 30 hari untuk mula menonton filem yang disewa. Selepas anda mula menontonnya, anda boleh memainkannya seberapa kali yang anda mahukan dalam masa yang diperuntukkan (24 jam di iTunes Store A.S.; 48 jam di negara lain). Apabila masa anda tamat, filem akan dipadamkan. Sewaan tidak boleh dipindahkan ke peranti lain; walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan AirPlay dan Apple TV untuk melihat sewaan pada televisyen anda.