Gunakan iTunes Store untuk menambah muzik, filem dan rancangan TV pada iPhone.

Skrin pelayaran menunjukkan maklumat mengenai item yang ditampilkan. Butang Genre terletak di penjuru kiri atas. Butang Ditampilkan dan Carta berada di tengah atas dan ikon Sejarah berada di kanan atas. Sepanjang bahagian bawah, dari kiri ke kanan, terdapat tab Muzik, Filem, Rancangan TV, Cari dan Lagi.

Nota: Anda memerlukan sambungan Internet dan Apple ID untuk menggunakan iTunes Store. iTunes Store tidak tersedia di semua kawasan.