Senarai kalendar menunjukkan kalendar yang aktif dengan tanda semak. Anda boleh mengaktifkan peristiwa Facebook dan kalendar Hari Lahir jika anda telah mengkonfigurasikan Facebook dalam Seting.
  • Aktifkan kalendar iCloud, Google, Exchange atau Yahoo!. Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar, pilih ketik akaun, kemudian aktifkan Kalendar.

  • Langgan kalendar. Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar, kemudian ketik Tambah Akaun. Pilih Lain, kemudian ketik Tambah Kalendar Dilanggan. Masukkan pelayan dan nama fail pada fail .ics untuk dilanggan. Anda juga boleh melanggan kalendar iCalendar (.ics) yang diterbitkan di web, dengan mengetik pautan ke kalendar.

  • Tambah akaun CalDAV. Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar, ketik Tambah Akaun, kemudian ketik Lain. Di bawah Kalendar, ketik Tambah Akaun CalDAV.

  • Lihat kalendar Hari Lahir. Ketik Kalendar, kemudian ketik Hari Lahir untuk memasukkan hari lahir daripada Kenalan dengan peristiwa anda. Jika anda telah menyediakan akaun Facebook, anda juga boleh memasukkan hari lahir rakan Facebook.

  • Lihat kalendar Cuti. Ketik Kalendar, kemudian ketik Cuti untuk memasukkan cuti umum bersama peristiwa anda.

  • Lihat berbilang kalendar sekaligus. Ketik Kalendar, kemudian pilih kalendar yang anda mahu lihat.

  • Alihkan peristiwa ke kalendar lain. Ketik peristiwa, ketik Edit, kemudian ketik Kalendar dan pilih kalendar untuk mengalihkannya.