Anda boleh berkongsi kalendar iCloud dengan pengguna iCloud lain. Apabila anda berkongsi kalendar, orang lain boleh melihatnya dan anda boleh membenarkan mereka menambah atau mengubah peristiwa. Anda juga boleh berkongsi versi baca sahaja yang boleh dilanggan oleh semua orang.

  • Cipta kalendar iCloud. Ketik Kalendar, ketik Edit, kemudian ketik Tambah Kalendar dalam bahagian iCloud.

  • Kongsi kalendar iCloud. Ketik Kalendar, ketik Edit, kemudian ketik kalendar iCloud yang anda ingin kongsi. Ketik Tambah Orang dan masukkan nama atau ketik butang tambah untuk melayari Kenalan anda. Orang yang anda jemput menerima jemputan e-mel untuk menyertai kalendar, tetapi mereka memerlukan akaun iCloud untuk menerima jemputan.

  • Tukar akses seseorang kepada kalendar dikongsi. Ketik Kalendar, ketik Edit, ketik kalendar dikongsi, kemudian ketik orang. Anda boleh menyahaktifkan keupayaan mereka untuk mengedit kalendar, menghantar semula jemputan untuk menyertai kalendar, atau berhenti berkongsi kalendar dengan mereka.

Jika anda berkongsi kalendar, nyahaktifkan Benarkan Pengeditan untuk menghalangnya daripada membuat perubahan pada kalendar.
  • Nyahaktifkan pemberitahuan untuk kalendar dikongsi. Apabila seseorang mengubah suai kalendar dikongsi, anda dimaklumkan mengenai perubahan tersebut. Untuk menyahaktifkan pemberitahuan untuk kalendar dikongsi, pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar > Isyarat Kalendar Dikongsi.

  • Kongsi kalendar baca sahaja dengan sesiapa sahaja. Ketik Kalendar, ketik Edit, kemudian ketik kalendar iCloud yang anda ingin kongsi. Aktifkan Kalendar Awam, kemudian ketik Kongsi Pautan untuk menyalin atau menghantar URL untuk kalendar anda. Sesiapa sahaja boleh menggunakan URL untuk melanggan kalendar menggunakan aplikasi yang serasi, seperti Kalendar untuk OSX.