iPhone mengandungi ciri-ciri kebolehcapaian ini:

  • Aktifkan ciri kebolehcapaian. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian atau gunakan Pintasan Kebolehcapaian. Lihat Pintasan Kebolehcapaian.

  • Gunakan iTunes untuk mengkonfigurasikan kebolehcapaian. Anda boleh memilih beberapa pilihan kebolehcapaian dalam iTunes pada komputer anda. Sambungkan iPhone ke komputer anda dan pilih iPhone dalam senarai peranti iTunes. Klik Ringkasan, kemudian klik Konfigurasikan Kebolehcapaian di bahagian bawah skrin Ringkasan.

Untuk maklumat lanjut mengenai ciri kebolehcapaian iPhone, lihat www.apple.com/my/accessibility.