Kawalan Suis membolehkan anda mengawal iPhone menggunakan satu suis atau berbilang suis. Gunakan mana-mana daripada beberapa kaedah untuk melakukan tindakan seperti memilih, mengetik, menaip dan lukisan bebas tangan. Teknik asas ialah untuk menggunakan suis bagi memilih item atau lokasi pada skrin dan kemudian menggunakan suis yang sama (atau lain) untuk memilih tindakan untuk dilakukan pada item atau lokasi tersebut. Tiga kaedah asas ialah:

  • Pengimbasan item (lalai), yang menyerlahkan item berlainan pada skrin sehingga anda memilih satu.

  • Pengimbasan tuding, yang membolehkan anda mengimbas rerambut silang untuk memilih lokasi skrin.

  • Pilihan manual, yang membolehkan anda beralih daripada satu item kepada item lain atas permintaan (memerlukan berbilang suis).

Apa-apa sahaja kaedah yang anda gunakan, apabila anda memilih item individu (berbanding kumpulan), menu muncul agar anda boleh memilih cara untuk bertindak pada item yang dipilih (contohnya, ketik, seret atau cubit).

Jika anda menggunakan berbilang suis, anda boleh setkan setiap suis untuk melakukan tindakan khusus dan menyesuaikan kaedah pilihan item anda. Contohnya, daripada mengimbas item skrin secara automatik, anda boleh menyediakan suis untuk beralih ke item seterusnya atau sebelumnya atas permintaan.

Anda boleh melaraskan kelakuan Kawalan Suis melalui berbilang cara, agar sesuai dengan keperluan dan gaya khusus anda.