• Laraskan seting asas. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Kawalan Suis, yang mana anda boleh:

    • Menambah suis

    • Menyahaktifkan pengimbasan auto (jika anda telah menambah Suis “Beralih ke Item Seterusnya”)

    • Laraskan selang masa pengimbasan

    • Setkan pengimbasan untuk menjeda pada item pertama dalam kumpulan

    • Pilih bilangan kali untuk mengitar menerusi skrin sebelum menyembunyikan Kawalan Suis

    • Aktifkan atau nyahaktifkan Ketik Auto dan setkan selang masa untuk melakukan tindakan suis kedua untuk menunjukkan menu kawalan

    • Setkan sama ada tindakan pergerakan diulang apabila anda menahan suis dan masa yang anda perlu tunggu sebelum mengulanginya

    • Setkan sama ada dan masa yang anda perlu menahan suis sebelum ia diterima sebagai tindakan suis

    • Dayakan Kawalan Suis untuk mengabaikan cetusan suis berulang yang tidak disengajakan

    • Laraskan kelajuan pengimbasan tuding

    • Aktifkan kesan bunyi atau pertuturan

    • Pilih item yang anda mahu lihat dalam menu.

    • Jadikan kursor pemilihan besar atau dalam warna berlainan

    • Setkan sama ada item perlu dihimpunkan semasa pengimbasan item

    • Simpan gerak isyarat yang boleh anda pilih daripada bahagian Tindakan menu kawalan.

  • Perhaluskan Kawalan Suis. Pilih Seting daripada menu kawalan untuk:

    • Melaraskan kelajuan pengimbasan

    • Tukar lokasi menu kawalan

    • Bertukar antara mod pengimbasan item dan mod pengimbasan tuding

    • Pilih sama ada mod pengimbasan tuding memaparkan rerambut silang atau grid

    • Balikkan arah pengimbasan

    • Aktifkan atau nyahaktifkan iringan bunyi atau pertuturan

    • Nyahaktifkan kumpulan untuk mengimbas item satu per satu