Walaupun VoiceOver dinyahaktifkan, anda boleh mengesetkan iPhone untuk membaca dengan lantang sebarang teks yang anda pilih. iPhone menganalisis teks untuk menentukan bahasa, kemudian membacanya kepada anda menggunakan sebutan yang bersesuaian.

  • Aktifkan Sebut Pilihan. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Sebut Pilihan. Anda juga boleh:

  • Pilih bahasa, dialek dan kualiti suara

  • Laraskan kadar pertuturan

  • Pilih agar perkataan individu diserlahkan apabila ia dibaca

  • Setkan agar teks dibacakan kepada anda. Pilih teks, kemudian ketik Sebutkan.