Penting: VoiceOver menukar gerak isyarat yang anda gunakan untuk mengawal iPhone. Apabila VoiceOver aktif, anda mesti menggunakan gerak isyarat VoiceOver untuk mengendalikan iPhone—walaupun untuk menyahaktifkan VoiceOver.

  • Aktifkan atau nyahaktifkan VoiceOver. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver atau gunakan Pintasan Kebolehcapaian. Lihat Pintasan Kebolehcapaian.

  • Terokai. Seret jari anda di atas skrin. VoiceOver menyebut setiap item yang anda sentuh. Angkat jari anda untuk membiarkan item kekal dipilih.

    • Pilih item:  Ketiknya atau angkat jari semasa menyeret di atasnya.

    • Pilih item seterusnya atau sebelumnya:  Leret kanan atau kiri dengan satu jari. Tertib item ialah kiri ke kanan, atas ke bawah.

    • Pilih item di atas atau di bawah:  Gunakan rotor untuk Navigasi Menegak, kemudian leret ke atas atau ke bawah dengan satu jari. Jika anda tidak menemui Navigasi Menegak dalam rotor, anda mungkin perlu menambahnya, lihat Gunakan rotor VoiceOver.

    • Pilih item pertama atau terakhir atas skrin:  Ketik dengan empat jari di bahagian atas atau bawah skrin.

    • Pilih item mengikut nama:  Ketik tiga kali dengan dua jari di mana-mana atas skrin untuk membuka Pemilih Item. Kemudian taipkan nama dalam medan carian, atau leret ke kanan atau kiri untuk bergerak menerusi senarai mengikut abjad, atau ketik indeks jadual di sebelah kanan senarai dan leret ke atas atau ke bawah untuk bergerak dengan cepat menerusi senarai item. Atau gunakan tulisan tangan untuk memilih item dengan menulis namanya; lihat Tulis dengan jari anda.

    • Tukar nama item agar ia mudah dicari:  Ketik item, kemudian ketik dan tahan dengan dua jari di mana-mana atas skrin.

    • Sebutkan teks bagi item yang dipilih:  Setkan rotor kepada aksara atau perkataan, kemudian leret ke bawah atau ke atas dengan satu jari.

    • Aktifkan atau nyahaktifkan sebutan bayangan:  Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Sebut Bayangan.

    • Gunakan ejaan fonetik:  Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Maklum Balas Fonetik.

    • Baca keseluruhan skrin, dari atas:  Leret ke atas dengan dua jari.

    • Sebutkan dari item semasa ke bahagian bawah skrin:  Leret ke bawah dengan dua jari.

    • Jeda pertuturan:  Ketik sekali dengan dua jari. Ketik sekali lagi dengan dua jari untuk meneruskan atau pilih item lain.

    • Senyapkan VoiceOver:  Dwiketik dengan tiga jari. Ulang untuk menyahsenyap. Jika anda menggunakan papan kekunci luaran, tekan kekunci Control.

    • Senyapkan kesan bunyi:  Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Gunakan Kesan Bunyi.

  • Gunakan kursor VoiceOver yang lebih besar. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Kursor Besar.

  • Laraskan suara pertuturan. Anda boleh melaraskan ciri-ciri suara pertuturan VoiceOver untuk memudahkan anda memahaminya:

    • Tukar kelantangan pertuturan:  Gunakan butang kelantangan pada iPhone atau tambah kelantangan pada rotor , kemudian leret ke atas atau ke bawah untuk melaraskannya; lihat Gunakan rotor VoiceOver.

    • Tukar kadar pertuturan:  Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver dan seret gelangsar Kadar Pertuturan. Anda juga boleh menambah Kadar Pertuturan kepada rotor, kemudian meleret ke atas atau bawah untuk melaraskannya.

    • Gunakan perubahan nada:  VoiceOver menggunakan nada yang lebih tinggi semasa menyebut item pertama dalam kumpulan (seperti senarai atau jadual) dan nada yang lebih rendah semasa menyebut item terakhir dalam kumpulan. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Gunakan Perubahan Pic.

    • Sebutkan tanda baca: Setkan rotor kepada Tanda Baca, kemudian leret ke atas atau ke bawah untuk memilih sejauh manakah anda mahu dengar.

    • Tukar bahasa untuk iPhone:  Pergi ke Seting > Umum > Antarabangsa > Bahasa. Pertuturan beberapa bahasa dipengaruhi oleh Seting > Umum > Antarabangsa > Format Rantau.

    • Setkan dialek lalai untuk bahasa iPhone semasa:  Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Bahasa & Dialek.

    • Ubah sebutan:  Setkan rotor kepada Bahasa, kemudian leret ke atas atau ke bawah. Bahasa hanya tersedia dalam rotor jika anda memilih lebih daripada satu sebutan dalam Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Bahasa & Dialek.

    • Pilih sebutan yang tersedia dalam rotor:  Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Bahasa & Dialek. Untuk melaraskan kualiti suara atau kadar pertuturan untuk setiap bahasa, ketik butang maklumat lanjut bersebelahan bahasa. Untuk menukar tertib bahasa, ketik Edit, kemudian seret butang susun semula ke atas atau bawah. Untuk memadamkan bahasa, ketik Edit, kemudian ketik butang padam di sebelah kiri nama bahasa.

    • Tukar suara membaca asas:  Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Gunakan Suara Mampat.