Anda boleh menggunakan gerak isyarat VoiceOver untuk memotong rakaman Video kamera dan Memo Suara.

  • Potong video. Semasa menonton video dalam Foto, dwiketik skrin untuk memaparkan kawalan video, kemudian pilih permulaan atau penamatan alat memotong. Kemudian leret ke atas untuk menyeret ke kanan, atau leret ke bawah untuk menyeret ke kiri. VoiceOver mengumumkan jumlah masa kedudukan semasa akan memotong daripada rakaman. Untuk melengkapkan pemotongan, pilih Potong dan dwiketik.

  • Potong memo suara. Pilih memo dalam Memo Suara, ketik Edit, kemudian ketik Mula Memotong. Pilih permulaan atau penamatan pilihan, dwiketik dan tahan, kemudian seret untuk melaraskan. VoiceOver mengumumkan jumlah masa kedudukan semasa akan memotong daripada rakaman. Ketik Main untuk mempratonton rakaman yang dipotong. Apabila anda berpuas hati dengannya, ketik Potong.