Anda boleh menggunakan VoiceOver untuk menjelajah rantau, melayari tempat tarikan, mengikuti jalan, zum masuk atau keluar, memilih pin atau mendapatkan maklumat mengenai lokasi.

  • Terokai peta. Seret jari anda sekeliling skrin atau leret ke kiri atau kanan untuk beralih ke item lain.

  • Zum masuk atau keluar. Pilih peta, setkan rotor kepada Zum, kemudian leret ke bawah atau atas dengan satu jari.

  • Sorot peta. Leret dengan tiga jari.

  • Layari tempat tarikan yang kelihatan. Setkan rotor kepada Tempat Tarikan, kemudian leret ke atas atau ke bawah dengan satu jari.

  • Ikuti jalan. Tahan jari anda pada jalan, tunggu sehingga anda mendengar “jeda untuk ikut,” kemudian gerakkan hari anda sepanjang jalan sambil mendengar nada panduan. Nada meningkatkan apabila anda terkeluar daripada jalan.

  • Pilih pin. Sentuh pin, atau leret ke kiri atau kanan untuk memilih pin.

  • Dapatkan maklumat mengenai lokasi. Dengan pin dipilih, dwiketik untuk memaparkan bendera maklumat. Leret ke kiri atau kanan untuk memilih butang Maklumat Lanjut, kemudian dwiketik bagi memaparkan halaman maklumat.

  • Dengar petunjuk lokasi semasa anda bergerak. Aktifkan Penjejakan dengan tajuk untuk mendengar nama jalan dan tempat tarikan apabila anda menghampirinya.