Selain daripada memasukkan kenalan, anda boleh:

  • Gunakan kenalan iCloud anda:  Pergi ke Seting > iCloud, kemudian aktifkan Kenalan.

  • Import Rakan Facebook anda:  Pergi ke Seting > Facebook, kemudian aktifkan Kenalan dalam senarai “Benarkan Aplikasi Ini untuk Menggunakan Akaun Anda”. Ini mencipta kumpulan Facebook dalam Kenalan.

  • Gunakan kenalan Google anda: Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar, kemudian ketik akaun Google anda dan aktifkan Kenalan.

  • Akses Senarai Alamat Global Microsoft Exchange:  Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar, kemudian ketik akaun Exchange anda dan aktifkan Kenalan.

  • Sediakan akaun LDAP atau CardDAV untuk mengakses direktori perniagaan atau sekolah:  Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar > Tambah Akaun > Lain. Kemudian ketik “Tambah Akaun LDAP” atau “Tambah Akaun CardDAV” dan masukkan maklumat akaun.

  • Selaraskan kenalan dari komputer anda atau Yahoo!:  Dalam iTunes pada komputer, aktifkan penyelarasan kenalan dalam anak tetingkap maklumat peranti. Untuk mendapatkan maklumat, lihat iTunes Help.

  • Import kenalan daripada kad SIM (GSM):  Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar > Import Kenalan SIM.

  • Import kenalan dari vCard:  Ketik lampiran .vcf dalam e-mel atau mesej.

  • Cari dalam direktori. Ketik Kumpulan, ketik direktori GAL, CardDAV atau LDAP yang anda mahu cari, kemudian masukkan carian anda. Untuk menyimpan info pada kenalan anda, ketik Tambah Kenalan.

  • Tunjukkan atau sembunyikan kumpulan. Ketik Kumpulan, kemudian pilih kumpulan yang anda mahu lihat. Butang ini hanya muncul jika anda mempunyai lebih daripada satu sumber kenalan.

  • Kemas kini kenalan anda dengan Twitter. Pergi ke Seting > Twitter, kemudian ketik Kemas Kini Kenalan. Twitter memadankan alamat e-mel dan nombor telefon agar dapat menambah nama pengguna dan foto Twitter pada kad kenalan anda.

Apabila anda mempunyai kenalan daripada berbilang sumber, anda mungkin mendapat berbilang entri untuk orang yang sama. Untuk memastikan kenalan tidak muncul dalam senarai Semua Kenalan anda, kenalan dari sumber berlainan yang mempunyai nama yang sama dipautkan dan dipaparkan sebagai kenalan bersepadu tunggal. Apabila anda melihat kenalan bersepadu, tajuk Info Bersepadu muncul.

  • Satukan kenalan. Jika dua entri untuk orang yang sama tidak dipautkan secara automatik, anda boleh menyatukannya secara manual. Edit salah satu kenalan, ketik Edit, kemudian ketik Pautkan Kenalan dan pilih entri kenalan lain untuk dipautkan.

Kenalan yang dipautkan tidak digabungkan. Jika anda menukar atau menambah maklumat dalam kenalan bersepadu, perubahan disalin ke setiap akaun sumber di mana maklumat tersebut sudah wujud.

Jika anda memautkan kenalan dengan nama pertama atau akhir yang berbeza, nama kad individu tidak akan berubah, tetapi hanya satu nama akan muncul pada kad bersepadu. Untuk memilih nama yang muncul apabila anda melihat kad bersepadu, ketik Edit, ketik kad bersepadu dengan nama yang anda inginkan, kemudian ketik Gunakan Nama Ini Untuk Kad Bersepadu.