• Lihat maklumat mengenai iPhone. Pergi ke Seting > Umum > Perihal. Item yang anda boleh lihat boleh termasuk:

  • Alamat rangkaian

  • Bilangan lagu, video, foto dan aplikasi

  • Kapasiti dan ruang storan tersedia

  • Versi iOS

  • Pembawa

  • Nombor model

  • Nombor siri

  • Alamat Wi-Fi dan Bluetooth

  • IMEI (Identiti Kelengkapan Mudah Alih Antarabangsa)

  • ICCID (Pengecam Kad Litar Bersepadu, atau Kad Pintar) untuk rangkaian GSM

  • MEID (Pengecam Kelengkapan Mudah Alih) untuk rangkaian CDMA

  • Perisian tegar modem

  • Diagnostik & Penggunaan dan Undang-Undang (termasuk notis undang-undang, lesen, waranti, tanda kawal selia dan maklumat pendedahan RF)

Untuk menyalin nombor siri dan pengecam lain, ketik dan tahan pengecam sehingga Salin muncul.

Untuk membantu Apple menambahbaik produk dan perkhidmatan, iPhone menghantar data diagnostik dan penggunaan. Data ini tidak mengenal pasti anda secara peribadi tetapi mungkin termasuk maklumat lokasi.

  • Lihat atau nyahaktifkan maklumat diagnostik: Pergi ke Seting > Umum > Perihal > Diagnostik & Penggunaan.