Anda boleh menggunakan iCloud atau iTunes untuk memulihkan iPhone daripada sandaran.

  • Pulihkan daripada sandaran iCloud. Reset iPhone untuk memadamkan semua seting dan maklumat, kemudian daftar masuk ke iCloud dan pilih “Pulihkan daripada Sandaran” dalam Pembantu Persediaan. Lihat Mulakan semula atau reset iPhone.

  • Pulihkan daripada sandaran iTunes. Sambungkan iPhone ke komputer yang anda biasanya selaraskan, pilih iPhone dalam tetingkap iTunes, kemudian klik Pulihkan dalam anak tetingkap Ringkasan.

Apabila perisian iPhone dipulihkan, anda boleh sama ada menyediakannya sebagai iPhone baru, atau memulihkan muzik anda, video, data aplikasi dan kandungan lain daripada sandaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai memulihkan perisian iPhone, lihat support.apple.com/kb/HT1414.