AMARAN: Kegagalan untuk mematuhi arahan keselamatan ini boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik atau kecederaan lain atau kerosakan kepada iPhone atau harta lain. Baca semua maklumat keselamatan di bawah sebelum menggunakan iPhone.

Pengendalian  Kendalikan iPhone dengan cermat. Ia diperbuat daripada logam, kaca dan plastik dan mempunyai komponen elektronik yang sensitif di dalamnya. iPhone boleh rosak jika dijatuhkan, dibakar, dibocorkan, atau dihancurkan, atau jika ia bersentuhan dengan cecair. Jangan gunakan iPhone yang rosak, seperti dengan skrin yang retak kerana ia boleh menyebabkan kecederaan. Jika anda bimbang akan mencalarkan permukaan iPhone, pertimbangkan untuk menggunakan bekas atau penutup.

Pembaikan  Jangan buka iPhone dan jangan cuba perbaiki iPhone dengan sendiri. Membuka iPhone boleh merosakkannya atau boleh menyebabkan kecederaan pada anda. Jika iPhone rosak, malfungsi atau bersentuhan dengan cecair, hubungi Apple atau Pembekal Khidmat Sah Apple. Anda boleh menemui maklumat lanjut mengenai mendapatkan perkhidmatan di www.apple.com/support/iphone/service/faq.

Bateri  Jangan cuba gantikan bateri iPhone dengan sendiri—anda boleh merosakkan bateri, yang boleh menyebabkan panas melampau dan kecederaan. Bateri litium-ion dalam iPhone hendaklah digantikan hanya oleh Apple atau Pembekal Khidmat Sah Apple dan mesti dikitar semula atau dilupuskan secara berasingan daripada sisa buangan rumah. Jangan bakar bateri. Untuk mendapatkan maklumat mengenai kitar semula bateri dan penggantian, lihat www.apple.com/my/batteries.

Gangguan Perhatian  Penggunaan iPhone dalam keadaan tertentu boleh mengganggu perhatian anda dan boleh menyebabkan situasi yang berbahaya. Patuhi peraturan yang melarang atau mengehadkan penggunaan telefon mudah alih atau fon kepala (contohnya, elakkan daripada menghantar teks semasa memandu kereta atau menggunakan fon kepala semasa menunggang basikal).

Navigasi  Peta, arah, Flyover dan aplikasi berdasarkan lokasi bergantung pada perkhidmatan data.

Pengecasan  Cas iPhone dengan kabel USB dan penyesuai kuasa yang disertakan atau dengan kabel dan penyesuai kuasa “Dibuat untuk iPhone” pihak ketiga lain yang serasi dengan USB 2.0 atau penyesuai kuasa yang serasi dengan satu atau lebih daripada standard berikut: EN 301489-34, IEC 62684, YD/T 1591-2009, CNS 15285, ITU L.1000, atau standard saling operasi penyesuai kuasa telefon mudah alih berkenaan yang lain. Penyesuai USB Mikro iPhone (tersedia secara berasingan di tempat lain) atau penyesuai lain mungkin diperlukan untuk menyambungkan iPhone ke beberapa penyesuai kuasa yang serasi. Menggunakan kabel atau pengecas yang rosak, atau mengecas apabila wujud kelembapan boleh menyebabkan kejutan elektrik. Apabila anda menggunakan Penyesuai Kuasa USB Apple untuk mengecas iPhone, pastikan bahawa palam AC atau kod kuasa AC dimasukkan sepenuhnya ke dalam penyesuai sebelum anda memasangnya ke soket kuasa.

Nota: Hanya penyesuai kuasa mikro USB di sesetengah rantau yang mematuhi piawaian saling operasi penyesuai kuasa telefon mudah alih yang berkenaan adalah serasi. Sila hubungi pengeluar penyesuai kuasa untuk mengetahui sama ada penyesuai kuasa mikro USB anda mematuhi piawaian ini.

Pendedahan berpanjangan kepada haba  iPhone dan penyesuai kuasanya mematuhi standard dan had suhu permukaan yang berkenaan. Walau bagaimanapun, dalam had ini, sentuhan berpanjangan dengan permukaan panas untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan ketidakselesaan atau kecederaan. Gunakan akal budi untuk mengelakkan situasi yang mana kulit anda bersentuhan dengan peranti atau penyesuai kuasanya apabila ia beroperasi atau dipasang ke salur kuasa untuk tempoh yang laman. Contohnya, jangan tidur atau letakkan peranti atau penyesuai kuasa di bawah selimut, bantal atau badan anda apabila ia dipasang ke salur kuasa. Adalah penting untuk meletakkan iPhone dan penyesuai kuasanya dalam kawasan dengan pengudaraan yang baik semasa menggunakan atau mengecasnya. Pastikan anda berhati-hati jika anda mempunyai keadaan fizikal yang mempengaruhi keupayaan anda untuk mengesan haba terhadap badan.

Kehilangan pendengaran  Mendengar bunyi pada kelantangan yang tinggi boleh merosakkan pendengaran anda. Hingar latar belakang, dan juga pendedahan berpanjangan kepada paras kelantangan tinggi, boleh menjadikan bunyi kedengaran lebih perlahan daripada paras sebenar. Hanya gunakan penerima, bud telinga, fon kepala, telefon speaker atau alat cuping telinga dengan peranti anda. Aktifkan audio dan semak kelantangan sebelum memasukkan apa-apa peranti ke dalam telinga anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kehilangan pendengaran, lihat www.apple.com/sound. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara mengesetkan had kelantangan maksimum pada iPhone, lihat Seting Muzik.

AMARAN: Untuk mengelakkan kemungkinan kerosakan pendengaran, jangan dengar pada paras kelantangan yang tinggi untuk tempoh yang panjang.

Headset Apple  Headset yang dijual bersama iPhone 4s atau lebih baru di China (dapat dikenal pasti melalui gelang penebat gelap pada palam) direka bentuk agar mematuhi piawaian China dan serasi dengan iPhone 4s atau lebih baru, iPad 2 atau lebih baru dan iPod touch generasi kelima. Hanya gunakan headset yang serasi dengan peranti anda.

Isyarat Radio  iPhone menggunakan isyarat radio untuk bersambung ke rangkaian wayarles. Untuk maklumat mengenai jumlah kuasa yang digunakan untuk memancarkan isyarat ini dan mengenai langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk meminimumkan pendedahan, lihat Seting > Umum > Perihal > Undang-Undang > Pendedahan RF.

Gangguan frekuensi radio  Perhatikan papan tanda dan notis yang melarang atau mengehadkan penggunaan telefon mudah alih (contohnya, dalam kemudahan penjagaan kesihatan atau kawasan letupan). Walaupun iPhone direka bentuk, diuji dan dikilangkan agar mematuhi peraturan yang mentadbir pemancaran frekuensi radio, pemancaran sedemikian daripada iPhone boleh menjejaskan operasi kelengkapan elektronik yang lain secara negatif, menyebabkannya malfungsi. Matikan iPhone atau gunakan Mod Pesawat untuk mematikan pemancar wayarles iPhone apabila penggunaan dilarang, seperti semasa dalam perjalanan dengan pesawat atau apabila diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Peranti perubahan  iPhone mengandungi radio yang memancarkan medan elektromagnet dan mengandungi magnet berdekatan bahagian bawahnya. Fon kepala yang disertakan turut mempunyai magnet dalam bud telinga. Medan elektromagnet dan magnet ini boleh mengganggu perentak jantung, alat defribilasi atau peranti perubatan yang lain. Kekalkan sekurang-kurangnya 6 inci (lebih kurang 15 cm) jarak pemisahan antara perentak jantung atau alat defribilasi anda dan iPhone atau bud telinga. Jika anda mengesyaki iPhone sedang mengganggu perentak jantung anda atau sebarang peranti perubahan lain, berhenti menggunakan iPhone dan hubungi doktor anda untuk maklumat khusus mengenai peranti perubatan anda.

Keadaan perubatan  Jika anda mempunyai sebarang keadaan perubatan yang lain yang anda percaya boleh terjejas akibat iPhone (contohnya, sawan, pitam, keletihan mata atau sakit kepala) berbincang dengan doktor anda sebelum menggunakan iPhone.

Atmosfera mudah letup  Jangan cas atau gunakan iPhone dalam sebarang kawasan dengan atmosfera yang berpotensi mudah meletup, seperti kawasan mengisi bahan api, atau dalam kawasan di mana udara mengandungi bahan kimia atau partikel (seperti bijirin, habuk atau serbuk logam). Patuhi semua papan tanda dan arahan.

Pergerakan berulang  Apabila anda melakukan aktiviti berulang seperti menaip atau bermain permainan pada iPhone, anda mungkin sekali-sekala mengalami ketidakselesaan dalam tangan, lengan, pergelangan tangan, bahu, leher atau bahagian badan anda yang lain. Jika anda mengalami ketidakselesaan, berhenti menggunakan iPhone dan berbincang dengan doktor.

Aktiviti dengan akibat buruk  Peranti ini tidak bertujuan untuk digunakan di mana kegagalan peranti boleh menyebabkan kematian, kecederaan peribadi atau kerosakan alam sekitar yang teruk.

Bahaya tercekik  Beberapa aksesori iPhone boleh menyebabkan bahaya tercekik kepada kanak-kanak kecil. Jauhi aksesori ini daripada kanak-kanak kecil.