Peranti ini mematuhi bahagian 15 pada peraturan FCC. Operasi tertakluk pada dua keadaan berikut: (1) Peranti ini tidak boleh menyebabkan gangguan berbahaya dan (2) peranti ini mesti menerima sebarang gangguan yang diterima, termasuk gangguan yang mungkin menyebabkan operasi yang tidak diingini.

Nota: Peranti ini telah diuji dan didapati mematuhi had untuk peranti digital Kelas B, berhubungan dengan bahagian 15 peraturan FCC. Had ini direka bentuk untuk memberi perlindungan sewajarnya terhadap gangguan berbahaya dalam pemasangan di rumah. Kelengkapan ini menjana, menggunakan dan boleh memancarkan tenaga frekuensi radio dan jika tidak dipasang dan digunakan secara mematuhi arahan, boleh menyebabkan gangguan berbahaya pada komunikasi radio. Walau bagaimanapun, tiada jaminan bahawa gangguan tidak akan berlaku dalam pemasangan tertentu. Jika kelengkapan menyebabkan gangguan berbahaya kepada penerimaan radio atau televisyen, yang boleh ditentukan dengan mematikan dan menghidupkan kelengkapan, pengguna digalakkan untuk cuba membetulkan gangguan melalui salah satu daripada kaedah berikut:

  • Tukar orientasi atau ubah kedudukan antena penerima.

  • Tambah jarak antara kelengkapan dan penerima.

  • Sambungkan kelengkapan kepada salur keluar pada litar yang berlainan daripada yang disambungkan kepada penerima.

  • Rujuk dengan penjual atau juruteknik radio/TV berpengalaman untuk mendapatkan bantuan.

Penting: Perubahan atau pengubahsuaian terhadap produk ini yang tidak dibenarkan oleh Apple boleh membatalkan pematuhan keserasian elektromagnet (EMC) dan wayarles dan menidakkan kuasa anda untuk mengendalikan produk. Produk ini telah menunjukkan pematuhan EMC di bawah keadaan yang termasuk penggunaan peranti persisian yang serasi dan kabel dengan pengadang antara komponen sistem. Adalah penting bahawa anda menggunakan peranti persisian serasi dan kabel dengan pengadang yang dalam pematuhan antara komponen sistem untuk mengurangkan kemungkinan menyebabkan gangguan terhadap radio, televisyen dan peranti elektronik yang lain.