Gunakan seting Selular untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan data selular dan perayauan, setkan aplikasi dan perkhidmatan yang menggunakan data selular, lihat masa panggilan dan penggunaan data selular dan setkan pilihan selular lain.

Jika iPhone disambungkan ke Internet melalui rangkaian data selular, ikon LTE, 4G, 3G, E atau GPRS muncul dalam bar status.

Perkhidmatan LTE, 4G dan 3G pada Rangkaian selular GSM menyokong komunikasi suara dan data serentak. Untuk semua sambungan selular yang lain, anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan Internet apabila anda bercakap telefon melainkan iPhone turut mempunyai sambungan Wi-Fi kepada Internet. Bergantung pada sambungan rangkaian, anda mungkin tidak dapat menerima panggilan semasa iPhone memindahkan data melalui rangkaian selular—contohnya, apabila memuat turun halaman web.

  • Rangkaian GSM:  Pada sambungan EDGE atau GPRS, panggilan masuk mungkin akan masuk terus ke panggilan suara semasa pemindahan data. Untuk panggilan masuk yang anda jawab, pemindahan data dijeda.

  • Rangkaian CDMA:  Pada sambungan EV-DO, pemindahan data dijeda apabila anda menjawab panggilan masuk. Pada sambungan 1xRTT, panggilan masuk mungkin akan masuk terus ke mel suara semasa pemindahan data. Untuk panggilan masuk yang anda jawab, pemindahan data dijeda.

Pemindahan data diteruskan apabila anda menamatkan panggilan.

Jika Data Selular tidak aktif, semua perkhidmatan data hanya menggunakan Wi-Fi—termasuk e-mel, semak imbas web, pemberitahuan push dan perkhidmatan lain. Jika Data Selular aktif, caj pembawa mungkin dikenakan. Contohnya, menggunakan ciri dan perkhidmatan tertentu yang memindahkan data, seperti Siri dan Mesej boleh membawa caj kepada pelan data anda.

  • Aktifkan atau nyahaktifkan Data Selular: Pergi ke Seting > Selular. Pilihan berikut mungkin turut tersedia:

  • Aktifkan atau nyahaktifkan Perayauan Suara (CDMA):  Nyahaktifkan Perayauan Suara untuk mengelakkan caj daripada menggunakan rangkaian pembawa. Apabila rangkaian pembawa anda tidak tersedia, iPhone tidak akan mempunyai perkhidmatan selular (data atau suara).

  • Aktifkan atau nyahaktifkan Perayauan Data:  Perayauan Data membenarkan akses Internet melalui rangkaian data selular apabila anda berada dalam kawasan yang tidak diliputi oleh rangkaian pembawa anda. Apabila anda dalam perjalanan, anda boleh menyahaktifkan Perayauan Data untuk mengelakkan daripada dikenakan caj perayauan. Lihat Seting Telefon.

  • Aktifkan atau nyahaktifkan 3G:  Penggunaan 3G memuatkan data Internet lebih laju dalam sesetengah keadaan, tetapi mungkin mengurangkan prestasi bateri. Jika anda membuat banyak panggilan telefon, anda mungkin mahu menyahaktifkan 3G untuk memanjangkan hayat bateri. Bantuan Antarabangsa tidak tersedia di semula kawasan.

  • Setkan sama ada data selular digunakan untuk aplikasi dan perkhidmatan. Pergi ke Seting > Selular, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan data selular untuk sebarang aplikasi yang boleh menggunakan data selular. Jika seting tidak aktif, iPhone menggunakan Wi-Fi untuk perkhidmatan tersebut. Seting iTunes termasuk iTunes Match dan muat turun automatik daripada iTunes Store dan App Store.