Cari arah, lihat latitud dan longitud anda, cari aras atau padankan cerun.

Kompas memberitahu anda arah iPhone sedang menghala. Untuk mencari arah anda menghadap, pegang iPhone secara rata mendatar dan tudingnya menjauhi anda, dengan butang Utama paling hampir dengan anda. Untuk menggunakan aras, leret ke halaman kedua.
  • Lihat lokasi anda. Untuk melihat lokasi semasa anda, pergi ke Seting > Privasi > Perkhidmatan Lokasi dan aktifkan Perkhidmatan Lokasi dan Kompas. Untuk maklumat lanjut mengenai Perkhidmatan Lokasi, lihat Privasi.

  • Kekal dalam laluan. Ketik skrin untuk mengunci pada arah semasa, kemudian perhatikan jalur merah untuk melihat sama ada anda terkeluar dari laluan.

Penting: Ketepatan kompas boleh terjejas akibat gangguan magnetik atau alam sekitar; malahan magnet dalam alat cuping telinga iPhone boleh menyebabkan sisihan. Gunakan kompas digital untuk bantuan navigasi asas sahaja. Jangan bergantung padanya untuk menentukan lokasi, kehampiran, jarak atau arah yang tepat.