Senarai peti masuk separa menunjukkan tiga mesej, dua daripadanya ditandakan dengan tanda semak.
  • Padam, pindahkan atau tandakan berbilang mesej. Semasa melihat senarai mesej, ketik Edit. Pilih beberapa mesej, kemudian pilihan tindakan. Jika anda membuat kesilapan, goncang iPhone dengan segera untuk membuat asal.

  • Susun mel anda dengan peti mel. Ketik Edit dalam senarai peti mel untuk mencipta peti mel baru atau namakan semula atau padamkan peti mel. (Sesetengah peti mel terbina dalam tidak boleh ditukar.) Terdapat beberapa peti mel pintar, seperti Belum Dibaca, yang menunjukkan mesej daripada semua akaun anda. Ketik peti mel yang anda mahu gunakan.

  • Pulihkan mesej yang telah dipadam. Pergi ke peti mel Sampah akaun, buka mesej, kemudian ketik butang Folder dan alihkan mesej. Atau jika anda baru sahaja memadamkannya, goncang iPhone untuk membuat asal. Untuk melihat mesej yang telah dipadamkan merentas semua akaun anda, tambah peti mel Sampah. Untuk menambahnya, ketik Edit dalam senarai peti mel dan pilihnya daripada senarai.

  • Arkibkan daripada memadamkannya. Daripada memadamkan mesej, anda boleh mengarkibkannya agar ia masih tersedia jika anda memerlukannya. Aktifkan Peti Mel Arkib dalam Seting > Mail, Kenalan, Kalendar > nama akaun > Akaun > Lanjutan. Untuk memadam mesej daripada mengarkibnya, sentuh dan tahan butang Arkib, kemudian ketik Padam.

  • Kendalikan mesej tanpa membukanya. Leret kiri pada mesej, kemudian ketik Sampah atau Arkib. Atau ketik Lagi untuk mengalihkan, memajukan, membalas, membenderakan atau mengalihkannya ke folder Sarap.

  • Simpan sampah anda. Anda boleh setkan tempoh masa mesej yang dipadamkan kekal dalam peti mel Sampah. Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar > nama akaun > Akaun > Lanjutan.