Senarai mesej. Ketik Edit untuk memadamkan, mengalihkan atau menandakan berbilang mesej.
  • Masukkan foto atau video. Ketik titik pemasukan. Ketik anak panah untuk melihat lebih banyak pilihan. Turut lihat Edit teks.

Mesej sedang dikarang. Ketik medan Sk/SKT untuk menukar alamat Daripada, SK atau SKT. Ketik titik pemasukan untuk melihat menu gaya, kemudian ketik Selit Foto atau Video untuk melampirkan item pada mesej. Untuk menukar tandatangan "Dihantar dari iPhone saya", pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar.
  • Petik sedikit teks semasa anda membalas. Ketik titik pemasukan, kemudian pilih teks yang anda mahu sertakan. Ketik butang balas, kemudian ketik Balas. Anda boleh menyahaktifkan indentasi bagi teks yang dipetik dalam Seting > Mail, Kenalan, Kalendar > Tingkatkan Paras Petikan.

  • Hantar mesej ke akaun lain. Ketik medan Daripada untuk memilih akaun.

  • Tukar penerima daripada Sk kepada Skt. Selepas anda memasukkan penerima, anda boleh menyeret mereka dari satu medan ke medan yang lain atau menukar tertib mereka.