• Buat rakaman. Ketik butang rakam atau tekan butang tengah pada alat dengar anda. Ketik butang rakam sekali lagi untuk menjeda atau teruskan. Untuk menyimpan rakaman, ketik Selesai.

Rakaman menggunakan mikrofon terbina dalam ialah mono, tetapi anda boleh merakam stereo menggunakan mikrofon stereo luaran yang berfungsi dengan bicu alat dengar iPhone atau dengan penyambung Lightning (iPhone 5 atau lebih baru) atau penyambung dok 30 pin (iPhone 4s atau terdahulu). Cari aksesori yang ditandakan dengan logo “Made for iPhone” atau “Works with iPhone” Apple.

  • Laraskan paras rakaman. Gerakkan mikrofon lebih dekat kepada sumber rakaman anda. Untuk kualiti rakaman yang lebih baik, paras paling kuat hendaklah antara –3 dB dan 0 dB.

  • Senyapkan nada mula dan henti. Gunakan butang kelantangan iPhone untuk merendahkan kelantangan sehingga senyap.

  • Berbilang tugas. Untuk menggunakan aplikasi lain semasa anda merakam, tekan butang Utama dan buka aplikasi lain. Untuk kembali ke Memo Suara, ketik bar merah di bahagian atas skrin.

  • Dengar kepada rakaman. Ketik rakaman dalam senarai, kemudian ketik butang main. Ketik butang jeda untuk menjeda.