Penukaran mesej. Di bahagian atas ialah bar tajuk dengan nama orang yang anda hantar mesej, bersama-sama dengan butang Mesej dan butang Kenalan. Di bawah bar tajuk adalah mesej teks yang dihantar dan diterima semasa perbualan, dan foto yang disertakan dalam perbualan. Di bahagian bawah skrin ialah butang media, medan entri teks dan butang Hantar.
  • Mulakan perbualan mesej teks. Ketik butang karang, kemudian masukkan nombor telefon atau alamat e-mel atau ketik butang tambah dan pilih kenalan.

    Lencana isyarat muncul jika mesej tidak dapat dihantar. Ketik isyarat dalam perbualan untuk cuba menghantar mesej sekali lagi. Dwiketik untuk menghantar mesej sebagai mesej teks SMS.

  • Sambung perbualan. Ketik perbualan dalam senarai Mesej.

  • Gunakan aksara gambar. Pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci Antarabangsa > Tambah Papan Kekunci Baru, kemudian ketik Emoji untuk memaparkan papan kekunci. Apabila anda menaip mesej, ketik butang tukar papan kekunci untuk memaparkan papan kekunci Emoji. Lihat Kaedah input khas.

  • Lihat masa mesej dihantar atau diterima. Seret sebarang gelembung ke kiri.

  • Buat panggilan suara atau panggilan FaceTime kepada orang yang anda hantar mesej teks. Ketik Kenalan di bahagian atas skrin, kemudian ketik butang panggilan atau butang facetime.

  • Lihat info hubungan seseorang. Ketik Kenalan di bahagian atas skrin, kemudian ketik butang info. Ketik item info untuk melakukan tindakan, seperti membuat panggilan FaceTime.

  • Lihat mesej terdahulu dalam perbualan. Ketik bar status untuk menskrol ke atas. Ketik Muatkan Mesej Terdahulu, jika perlu.

  • Hantar mesej kepada kumpulan (iMessage dan MMS): Ketik butang karang mesej, kemudian masukkan berbilang penerima. Dengan MMS, permesejan berkumpulan mesti turut diaktifkan dalam Seting > Mesej dan balasan dihantar kepada anda sahaja—ia tidak disalin kepada orang lain dalam kumpulan.

  • Sekat mesej yang tidak diingini. Pada kad kenalan, ketik Sekat Pemanggil ini. Anda boleh melihat kad kenalan seseorang semasa melihat mesej dengan mengetik Kenalan, kemudian ketik butang info. Anda juga boleh menyekat pemanggil dalam Seting > Telefon > Disekat. Anda tidak akan menerima panggilan suara, panggilan FaceTime atau mesej teks daripada pemanggil yang disekat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai menyekat panggilan, lihat support.apple.com/kb/HT5845.