Mesej membolehkan anda berbalas mesej teks dengan peranti SMS dan MMS lain menggunakan sambungan selular anda dan dengan peranti iOS lain menggunakan iMessage.

AMARAN: Untuk maklumat penting mengenai mengelakkan gangguan perhatian semasa memandu, lihat Maklumat keselamatan penting.

iMessage ialah perkhidmatan Apple yang membolehkan anda menghantar mesej tanpa had melalui Wi-Fi (atau sambungan selular) kepada orang lain menggunakan iOS 5 atau lebih baru atau OS X Mountain Lion atau lebih baru. Dengan iMessage, anda boleh melihat bila pengguna lain menaip dan memaklumkan mereka apabila anda telah membaca mesej mereka. iMessages dipaparkan pada semua peranti iOS anda yang dilog masuk ke akaun yang sama, agar anda boleh memulakan perbualan pada salah satu peranti anda dan meneruskannya pada peranti lain. Untuk keselamatan, iMessages disulitkan sebelum dihantar.