Apple ID ialah log masuk yang anda gunakan untuk segala-galanya yang anda lakukan dengan Apple, termasuk menggunakan iCloud untuk menyimpan kandungan anda, memuat turun aplikasi daripada App Store dan membeli lagu, filem dan rancangan TV daripada iTunes Store.

Anda hanya memerlukan satu Apple ID untuk semua aktiviti anda dengan Apple. Jika anda memilih Apple ID, gunakannya apabila anda mula-mula menyediakan iPhone dan pada bila-bila masa anda perlu mendaftar masuk untuk menggunakan perkhidmatan Apple. Jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh menciptanya apabila anda diminta untuk mendaftar masuk.

  • Cipta Apple ID. Pergi ke Seting > iTunes & App Store dan ketik Daftar Masuk. (Jika anda telah mendaftar masuk dan mahu mencipta Apple ID lain, ketik dahulu Apple ID anda, kemudian Daftar Keluar.)

Untuk maklumat lanjut, lihat https://appleid.apple.com/en_MY.