iPhone bersambung kepada Internet bila perlu, menggunakan sambungan Wi-Fi (jika tersedia) atau rangkaian selular pembawa anda. Untuk maklumat lanjut mengenai bersambung ke rangkaian Wi-Fi, lihat Sambung ke Wi-Fi.

Apabila aplikasi perlu menggunakan Internet, iPhone melakukan yang berikut, mengikut urutan:

  • Bersambung ke rangkaian Wi-Fi tersedia yang terbaru digunakan

  • Menunjukkan senarai rangkaian Wi-Fi dalam julat liputan dan bersambung menggunakan yang anda pilih

  • Bersambung melalui rangkaian data selular, jika tersedia

Nota: Jika sambungan Wi-Fi ke Internet tidak tersedia, aplikasi dan perkhidmatan mungkin memindahkan data menerusi rangkaian selular pembawa anda, yang mungkin membawa bayaran tambahan. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat mengenai kadar pelan data selular anda. Untuk mengurus penggunaan data selular, lihat Seting Selular.