Anda boleh menggunakan Siri (iPhone 4s atau lebih baru) atau Kawalan Suara untuk mengawal main balik muzik. Lihat Lakukan permintaan dan Kawalan Suara.

  • Gunakan Siri atau Kawalan Suara. Tekan dan tahan butang Utama.

  • Mainkan atau jeda muzik:  Sebutkan “play” atau “play music.” Untuk menjeda, sebut “pause,” “pause music,” atau “stop.” Anda juga boleh menyebut “next song” atau “previous song.”

  • Mainkan album, artis, atau senarai main:  Sebutkan “play,” kemudian sebutkan “album,” “artist,” atau “playlist” dan nama.

  • Kocok senarai main semasa:  Sebut “shuffle.”

  • Ketahui lebih lanjut mengenai lagu semasa:  Sebutkan “what’s playing,” “who sings this song,” atau “who is this song by.”

  • Gunakan Genius untuk memainkan lagu yang serupa:  Sebutkan “Genius,” atau “play more songs like this.”