Newsstand menyusun aplikasi majalah dan surat khabar anda dan mengemas kininya secara automatik apabila iPhone disambungkan ke Wi-Fi.

Rak Newsstand dengan aplikasi. Ketik dan tahan penerbitan untuk menyusun semula rak. Ketik butang Store, di kanan bawah untuk mencari aplikasi Newsstand.
  • Cari aplikasi Newsstand.  Ketik Newsstand untuk mendedahkan rak, kemudian ketik Store. Apabila anda membeli aplikasi Newsstand, ia ditambah pada rak. Selepas aplikasi di muat turun, buka untuk melihat terbitannya dan pilihan langganan. Langganan adalah pembelian Dalam Aplikasi, yang dibilkan ke akaun kedai anda.

  • Nyahaktifkan muat turun automatik. App dikemas kini secara automatik melalui Wi-Fi, melainkan anda menyahaktifkan pilihan ini dalam Seting > iTunes & App Store > Muat Turun Automatik.