Di tengah bawah skrin latihan terdapat dua butang untuk penentukuran—tentukur untuk berlari dan di bawahnya, tentukur untuk berjalan.

Nike + iPod mengumpulkan data latihan daripada sensor wayarles (dijual secara berasingan) yang anda pasang pada kasut anda. Sebelum anda menggunakannya buat kali pertama, anda perlu memautkan sensor anda ke iPhone.

  • Kasut, bertemu iPhone. Untuk memautkan sensor pada iPhone, pasang sensor pada kasut anda, kemudian pergi ke Seting > Nike + iPod > Sensor.

  • Pastikan anda tepat. Untuk menentukur Nike + iPod, rekodkan latihan sepanjang jarak yang diketahui sekurang-kurangnya sepanjang suku batu (400 meter). Kemudian, selepas anda mengetik Tamatkan Latihan, ketik Tentukur pada skrin ringkasan latihan dan masukkan jarak sebenar yang anda liputi.

  • Cuba sekali lagi.  Untuk mereset penentukuran lalai, pergi ke Seting > Nike + iPod.