• Cari aplikasi yang menyokong Passbook.  Ketik “Apps for Passbook” pada pas Alu-aluan. Tambah pas daripada aplikasi, e-mel atau pesanan Mesej atau tapak web apabila anda membeli atau menerima kupon atau hadiah. Biasanya, anda mengetik atau mengklik pas atau pautan kepada pas untuk menambahnya pada Passbook. Anda juga boleh mengimbas kod daripada iklan atau resit penjual, yang dimuat turun ke Passbook.

  • Gunakan pas.  Jika isyarat untuk pas muncul pada skrin Kunci, luncurkan isyarat untuk memaparkan pas. Atau buka Passbook, pilih pas, kemudian imbas kod bar pada pas pada pengimbas.

  • Kongsi pas. Anda boleh berkongsi pas menggunakan Mail, Mesej atau AirDrop (iPhone 5 atau lebih baru). Lihat AirDrop, iCloud dan cara lain untuk berkongsi.

  • Paparkan pas berdasarkan lokasi. Pas mungkin muncul pada Skrin kunci apabila anda membangunkan iPhone pada masa yang tepat atau tempat yang betul—contohnya, apabila anda sampai di lapangan terbang untuk penerbangan anda. Perkhidmatan Lokasi mesti diaktifkan dalam Seting > Privasi > Perkhidmatan Lokasi.

  • Susun semula pas. Seret pas dalam senarai untuk mengalihkannya ke lokasi baru. Tertib pas dikemas kini pada semua peranti iOS 7 anda.

  • Segar semula pas. Pas biasanya dikemas kini secara automatik. Untuk menyegarkan semula pas secara manual, ketik pas, ketik butang Info, kemudian tarik pas ke bawah.

  • Selesai dengan pas?  Ketik pas, ketik butang Info, kemudian ketik Padam.