• Elakkan pas daripada muncul pada Skrin kunci.  Pergi ke Seting > Touch ID & Kod Laluan (iPhone 5s) atau Seting > Kod Laluan (model lain), kemudian ketik Aktifkan Kod Laluan. Kemudian, di bawah Benarkan Akses Semasa Dikunci, nyahaktifkan Passbook. Untuk pas dengan pemberitahuan, bagi menghalang pas tertentu daripada muncul pada skrin Kunci, ketik pas, ketik butang Info, kemudian nyahaktifkan Tunjukkan Pada Skrin Kunci.

  • Setkan pilihan pemberitahuan. Pergi ke Seting > Pusat Pemberitahuan > Passbook.

  • Sertakan pas pada peranti iOS anda yang lain. Pergi ke Seting > iCloud dan aktifkan Passbook.