Aplikasi peringatan. Butang dijadualkan menunjukkan peringatan dengan tarikh akhir. Item yang dilengkapkan ditandakan. Senarai Baru mencipta senarai peringatan baru.
  • Tambah peringatan. Ketik senarai, kemudian ketik baris kosong.

  • Padamkan senarai. Semasa melihat senarai, ketik Edit, kemudian ketik Padam Senarai.

  • Tukar atau padamkan peringatan. Leret peringatan ke kiri, kemudian ketik Padam.

  • Tukar tertib senarai. Sentuh dan tahan nama senarai, kemudian seret senarai ke lokasi baru. Untuk menukar tertib item dalam senarai, ketik Edit.

  • Apakah senarai untuk item ini? Skrol ke atas untuk melihat medan carian. Semua senarai akan dicari, mengikut nama peringatan. Anda juga boleh menggunakan Siri untuk mencari peringatan. Contohnya, sebut “Find the reminder about milk.”

  • Jangan ganggu saya sekarang. Anda boleh menyahaktifkan pemberitahuan Peringatan dalam Seting > Pusat Pemberitahuan. Untuk menyenyapkannya buat sementara, aktifkan Jangan Ganggu.