AMARAN: Untuk maklumat penting mengenai navigasi selamat dan mengelakkan gangguan perhatian semasa memandu, lihat Maklumat keselamatan penting.

Peta yang menunjukkan lokasi (ditandakan dengan pin merah). Di atas pin ialah sepanduk, dengan arah memandu Cepat di sebelah kiri, nama lokasi dan rating bintang Yelp dan bilangan ulasan serta butang Maklumat Lanjut di sebelah kanan. Di sebelah atas ialah butang Dapatkan arah di sebelah kiri, medan carian di tengah dan butang penanda buku di sebelah kanan. Sepanjang bahagian bawah ialah butang penjejakan, paparan 3D, arah, kongsi dan seting.

Penting: Peta, arah, Flyover dan aplikasi berdasarkan lokasi bergantung pada perkhidmatan data. Perkhidmatan data tertakluk kepada perubahan dan mungkin tidak tersedia di semua kawasan, yang menghasilkan peta, arah, Flyover atau maklumat berasaskan lokasi yang mungkin tidak tersedia, tidak tepat, atau tidak lengkap. Beberapa ciri Peta memerlukan Perkhidmatan Lokasi. Lihat Privasi.

Bergerak sekeliling Peta dengan menyeret pada skrin. Untuk berhadapan arah lain, pusing dengan dua jari. Untuk kembali ke utara, ketik kompas ikon kompas di penjuru kanan atas.

  • Zum masuk atau keluar. Dwiketik dengan satu jari untuk zum masuk dan ketik dengan dua jari untuk zum keluar—atau hanya cubit dan regang. Skala muncul di kiri atas semasa mengezum. Untuk menukar cara jarak dipaparkan (batu atau kilometer), pergi ke Seting > Peta.

Anda boleh mencari lokasi melalui banyak cara berlainan:

  • Persimpangan (“8th and market”)

  • Kawasan (“greenwich village”)

  • Tanda tempat (“guggenheim”)

  • Poskod

  • Perniagaan (“movies,” “restaurants san francisco ca,” “apple inc new york”)

Atau jika Peta meneka tempat anda menghala semasa anda memasukkan carian, ketik lokasi tersebut dalam senarai di bawah medan carian.

  • Cari lokasi kenalan atau carian yang ditanda buku atau carian terbaru. Ketik butang penanda buku.

  • Pilih paparan anda. Ketik butang Seting, kemudian pilih Standard, Hibrid atau Satelit.

  • Tanda lokasi secara manual. Sentuh dan tahan peta sehingga pin yang jatuh muncul.