Ketik butang Penanda Buku untuk melihat penanda buku anda dan melayari sejarah, sejarah bacaan anda dan pautan dalam tweet daripada orang yang anda ikuti.
  • Tanda buku halaman semasa. Ketik butang kongsi, kemudian ketik Penanda Buku. Untuk melawat semula halaman, ketik butang penanda buku, kemudian ketik penanda buku.

  • Pastikan penanda buku anda tersusun. Untuk mencipta folder bagi penanda buku, ketik butang penanda buku, kemudian ketik Edit.

  • Pilih kegemaran untuk dipaparkan apabila anda mengetik medan carian. Pergi ke Seting > Safari > Kegemaran.

  • Bar Penanda Buku pada Mac anda? Aktifkan Safari dalam Seting > iCloud jika anda mahukan item daripada bar penanda buku dalam Safari pada Mac anda untuk muncul dalam Kegemaran pada iPhone.

  • Simpan ikon bagi halaman semasa di skrin Utama anda. Ketik butang kongsi, kemudian ketik Tambah ke Skrin Utama. Ikon muncul pada peranti yang anda menciptanya sahaja.