Jika anda memberitahu Siri mengenai diri anda, anda boleh menerima perkhidmatan diperibadikan—seperti, “remind me when I get home to call my wife.”

  • Beritahu Siri siapa anda. Isi kad info anda dalam Kenalan, kemudian pergi ke Seting > Umum > Siri > Info Saya dan ketik nama anda.

Pastikan anda menyertakan alamat rumah dan kerja anda dan perhubungan anda.

Nota: Maklumat lokasi tidak dijejak atau disimpan di luar iPhone. Jika anda tidak mahu menggunakan Perkhidmatan Lokasi, pergi ke Seting > Keutamaan > Perkhidmatan Lokasi untuk menyahaktifkannya. Anda masih boleh menggunakan Siri, tetapi Siri tidak akan dapat berbuat apa-apa yang memerlukan lokasi anda diketahui.