Membuat panggilan pada iPhone adalah semudah memilih nombor dalam kenalan anda atau mengetik salah satu panggilan kegemaran atau terbaru anda. Atau hanya minta Siri untuk “call Bob Jones.”

AMARAN: Untuk maklumat penting mengenai mengelakkan gangguan perhatian semasa dalam panggilan, lihat Maklumat keselamatan penting.

Pad kekunci Telefon dengan baris tab sepanjang bahagian bawah skrin iPhone menunjukkan pilihan. Tab dari kiri ke kanan: Kegemaran, Terbaru, Kenalan, Pad Kekunci dan Mel Suara. Tab Terbaru mempunyai lencana yang menunjukkan bilangan panggilan tidak dijawab.
  • Tambah kegemaran Dengan Kegemaran, anda boleh membuat panggilan dengan satu ketik. Untuk menambah seseorang pada senarai Kegemaran anda, ketik butang tambah. Anda juga boleh menambah nama pada Kegemaran daripada Kenalan. Dalam Kenalan, ketik Tambah ke Kegemaran di bahagian bawah kad dan ketik nombor untuk ditambah.

  • Padamkan nama atau susun semula senarai Kegemaran anda. Ketik Edit.

  • Balas panggilan terbaru. Ketik Terbaru, kemudian ketik panggilan. Ketik butang maklumat lanjut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai panggilan atau pemanggil. Lencana merah menunjukkan bilangan panggilan terlepas.

  • Dail secara manual. Ketik Pad Kekunci, memasukkan nombor, kemudian ketik Panggilan.

  • Tampal nombor pada pad kekunci:  Ketik skrin di atas pad kekunci, kemudian ketik Tampal.

  • Masukkan jeda lembut (2 saat)  Sentuh kekunci “*” sehingga koma muncul.

  • Masukkan jeda keras (untuk menjedakan panggilan sehingga anda mengetik butang Dail) Sentuh kekunci “#” sehingga koma bernoktah muncul.

  • Dail semula nombor terakhir:  Ketik Pad Kekunci, ketik Panggil untuk memaparkan nombor, kemudian ketik Panggil sekali lagi.

  • Gunakan Siri atau Kawalan Suara. Tekan dan tahan butang Utama , sebut "call" atau "dial", kemudian sebutkan nama atau nombor. Anda boleh menambah “at home,” “work,” atau “mobile.” Lihat Lakukan permintaan dan Kawalan Suara.

Untuk hasil terbaik, sebutkan nama penuh orang yang anda panggil. Semasa mendail suara nombor, sebutkan setiap digit secara berasingan—contohnya, “four one five, five five five….” Untuk kod kawasan 800 di A.S., anda boleh menyebut “eight hundred.”