• Buat panggilan kecemasan apabila iPhone dikunci, Pada skrin Masukkan Kod Laluan, ketik Panggilan Kecemasan (contohnya, untuk mendail 999 di Malaysia).

Penting: Anda boleh menggunakan iPhone untuk membuat panggilan kecemasan di banyak lokasi, jika perkhidmatan selular tersebut tersedia, tetapi anda tidak boleh bergantung padanya dalam kecemasan. Sesetengah rangkaian selular mungkin tidak menerima panggilan kecemasan daripada iPhone jika iPhone tidak diaktifkan, jika iPhone tidak serasi dengan atau dikonfigurasikan untuk beroperasi pada rangkaian selular yang khusus, atau (bila perlu) jika iPhone tidak mempunyai kad SIM atau jika kad SIM dikunci dengan PIN.

Dalam A.S., maklumat lokasi (jika tersedia) diberikan kepada pembekal khidmat kecemasan apabila anda mendail 911.

Dengan CDMA, apabila panggilan kecemasan tamat, iPhone memasuki mod panggilan kecemasan untuk membenarkan panggilan kembali daripada perkhidmatan kecemasan. Semasa dalam mod ini, transmisi data dan mesej teks disekat.

  • Keluar daripada mod panggilan kecemasan (CDMA). Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Ketik butang Balik.

  • Tekan butang Tidur/Bangun atau butang Utama.

  • Gunakan pad kekunci untuk mendail nombor bukan kecemasan.